Kamis, 08 September 2011

Harga Diri Positif

Harga diri adalah apa yang dirasakan mengenai diri. Pandangan mengenai diri akan seterusnya mempengaruhi tindakan selanjutnya sama ada dengan teman-teman, ibu-bapa, tugasan harian sehinggalah apa jua matlamat yang ingin dicapai. Harga diri juga merupakan komponen utama dalam menentukan berjaya atau gagal sesuatu misi dan visi kehidupan. Harga diri yang tinggi akan membawa kebahagian, kepuasan dan keselesaan hidup.

Sekirannya diri sendiri tidak menerima keistimewaan yang dianugerahkan, harga diri yang tinggi mungkin tidak tercapai. Sebaliknya pula, harga diri  yang rendah akan membawa kepada kesengsaraan. Apabila diri sendiri tidak nampak atau mengetepikan keistemewaan yang dimiliki, harga diri tentunya menjadi rendah dan merumitkan perkembangan seterusnya.

Bermula di sinilah maka beberapa individu yang tidak bertanggungjawab mula mengambil kesempatan untuk terus-menerus menekan potensi yang dimiliki oleh orang lain.Manusia yang suka menjatuh dan melihat orang lain menghadapi kesusahan sememangnya ramai tetapi manusia yang berhati mulia serta berusaha untuk menutup kelemahan orang lain amat kecil bilangannya.

Oleh itu, harga diri yang positif perlu dibina supaya orang lain tidak dapat sewenang-wenangnya memperalatkan diri. Bagaimana? - Kekurangan bukannya penghalang Dapatkan beberapa pengalaman hidup individu yang pernah melalui pahit getir kehidupan tetapi masih lagi boleh berjaya untuk dijadikan sebagai contoh teladan dengan tidak membiarkan sesuatu masalah atau kekurangan itu menjadi penghalang kepada hasrat untuk mencapai kejayaan.

- Berbuat baik kepada orang yang tidak mengharapkan balasan
Satu kelompok yang tidak tahu menghargai diri bukan bereti kelompok lain juga berbuat berpendirian yang sama. Berbuat baik kepada orang yang tidak mengharap sebarang imbuhan atau balasan adalah lebih baik daripada membiarkan diri diperlekehkan. Cara ini membantu mempertingkatkan harga  diri kerana tingkah laku dipamerkan begitu positif tanpa mempunyai niat jahat di sebaliknya.

- Belajar memberi dan menerima pujian Ikhlas memberi dan menerima pujian. Apabila orang lain memperkatakan sesuatu yang baik mengenai diri, tidak kiralah sama ada kata-kata itu jujur atau sebaliknya, terimalah dengan ucapan "Terima kasih."

 - Dekati teman yang bermoral tinggi Apabila berada dalam kesusahan, teman yang datang menghulur bantuan
itulah merupakan teman sejati. Dengan adanya teman yang bermoral tinggi,
secara tidak langsung nilai harga diri juga akan tinggi.

- Kawalan dalaman mengatasi kawalan luaran Denga pujian, rasa gembira melonjak. Dengan kejian, rasa kecewa menghimpit perasaan. Ini adalah kawalan luaran. Atasi dengan mengantikan
dengan kawalan dalaman di mana pujian mahupun kejian, diri tetap berfikiran positif kerana lebih mengetahui keistimewaan yang dimiliki.

- Wujudkan satu set minda yang boleh membawa kebahagiaan Rasa sakit hati ialah tanda-tanda kegagalan emosi. Ia boleh melumpuhkan keupayaan untuk berbuat baik. Oleh itu, pastikan emosi sentiasa terkandung
dengan menerima turut naik cabaran sebagai satu lumrah kehidupan. Elak berasa bersalah dan tidak juga ingin membalas dendam.

- Bersabar Yakin dan bersabar apabila menghadapi pelbagai dugaan dan tekanan.
Sekalipun hasilnya tidak nampak hari ini atau untuk beberapa tahun kemudiaannya, sesuatu yang positif itu tetap akan berlaku. - Latih diri menggunakan saranan-auto Saranan-auto merubah sistem kepercayaan dengan mempengaruhi minda separuh sedar untuk bertindak positif. Contoh:
"Saya boleh buat!"
"Saya boleh kendalikannya."
"Saya berani berhadapan dengan mereka."

- Buat inventori menyenaraikan kekuatan dan kelemahan diri Orang yang berjaya menyedari limitasi diri tetapi berusaha untuk mempertingkatkan kekuatan yang dimiliki. Dengan itu, beri tumpuan kepada apa yang boleh dan ingin dilakukkan bukan kepada apa yang tidak boleh dilakukan.

1 komentar:

  1. Bagus uy Mantap lah mang harus punya harga diri yang positif ..........

    BalasHapus